Tuesday, July 24, 2012

Homemade steamboat..

Assalamualaikum.. Seronok puasa tahun nie sebab dapat puasa sekali dengan husband. Kalau tak, sedih juga fikir apa la dia makan masa berbuka, makan sorang-sorang pula tu. Aku kat sini sekurangnya ada la teman, dan aku pun tersedu lebih kan. 1st puasa makan steamboat je. Menu simple-simple. Keluar rumah pukul 4pm, pegi pasaraya beli barang untuk buat steamboat. Bahan-bahan nie semua datang dari Malaysia dan ada cop halal.


mussle yang besar, memang puas makan. sedap

beli sikit-sikit.. alhamdulillah boleh makan sampai sahur

yeay, jumpa juga soya dan cincau dari Malaysia.
kat sini satu tin 1.90kina.. dekat RM4 tu..


Dan haruslah makan dengan kuah tomyam yang pekat dan pedas kan.. Rencahkan dengan ayam. Memang terangkat lah. Layan semangkuk je dah kenyang. Malam tu repeat lagi. Selesa sungguh perut nie dapat hirup sup tomyam panas-panas


Cukuplah untuk kami anak beranak makan. Walaupun tak banyak pilihan, at least puas hati dapat masak sendiri dan takde yang membazir..

4 comments:

4feet8 said...

tomyam yg pekat dan pedas tu buat sendiri ke? boleh share resepinya. dah alma saya cari resepi tomyam yg kaw..tapi still tak jumpa yg berkenan di hati..

...mommy jue... said...

aah, kat sini semua kene buat sendiri.. sya guna perencah tomyam yang dalam botol tu.. kalau guna tu je tak berapa kick.. rebus dengan air rebusan ayam atau seafood, perah limau sikit, serai, daun limau purut.. kuah jgn banyak sangt, tu yang cair tu.. nak pedas lagi tambah lagi tomyam.. :)

4feet8 said...

pakai brand apa eh, kalau tak keberatan..

...mommy jue... said...

maaf ye lambat respond, baru online guna laptop.. hmm, biasa saya guna pes tomyam yang botol purple tu dgn pes tomyam paket adabi.. campur dua2 tu baru kick.. actually, kalau masuk pes semata, memang tak sedap.. kene ada pemanisnya.. rencah2 stok udang ke, ayam ke, perah asam limau sikit, macam kita masak tomyam tu tapi takdela complete sangat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...