Tuesday, July 24, 2012

Cerita ramadhan kami.

Assalamualaikum.. Selamat berpuasa semua! Alhamdulillah, dah masuk 4 hari kita berpuasa.. Syukur setakat nie penuh lagi, kesihatan pun baik. Cuma biasalah, ibu mengandung nie lepas buka puasa je lembik. Masuk air dan makanan dalam badan, tak sampai 10 minit, muntah semula. Sobs..


Suasana puasa kat sini, macam biasa je.. Kat sini agama islam bukan agama rasmi. Minority je. Tak ramai pun komuniti islam kat sini. Time solat jumaat tu kebanyakannya orang luar, indonesia ke, malaysia ke yang memenuhi masjid. Orang-orang sini pun ramai juga. Owh, husband cakap, perempuan islam kat sini pakai baju kurung tau. Dan sememangnya sejarah kemasukan islam kat sini pun di bawa masuk oleh orang Malaysia.


Berbuka puasa pun base pada jadual yang pihak masjid bagi. Kat tablet pun dah update waktu solat kat sini, so sampai masa tunggu azan dari tablet je.. Waktu berbuka dalam jam 6.07pm = 4.07pm waktu Malaysia. Di saat  korang tengah pening kepala fikir nak masak apa, kami kat sini dah siap makan.. hehehe..


Memanglah juadah tak semeriah masa kat tanah air sendiri. Semuanya homemade. Jangan sesekali mimpi nak pegi beli kat bazar sebab memang takkan jumpa. Kekadang tu teringat juga air tebu, murtabak kat bazar ramadhan. Tahan je la nafsu.. Balik Malaysia nanti boleh cari. hehehe..


Biasanya apa yang aku masak untuk berbuka, lauk tu juga yang akan jadi santapan masa bersahur. Setakat nie takde pembaziran lagi. Cuma ada masa kalau teringin nak tukar menu tu, memang kena masak 2 kali lah... Pendek kata, duduk sini tak boleh bermalas-malasan. Memang kena rajin. Ada masa yang tak larat je memang kena minta tolong dengan husband. 


Owh, husband subscribe channel RTM1. Boleh la tengok perkembangan kat Malaysia. Time sahur dan subuh tu dapatla tengok solat tarawikh dari tanah suci, tadarus al-quran. Sekurangnya, terasa la juga suasana puasa tu. Part yang paling aku suka, tengok gelagat orang kat bazar ramadhan, kat masjid jamek.. Seronok borong ye u olls...


p/s : tahun nie raya special sebab mama yang belikan baju.. bila tanya warna apa, surprise katanya... gagaga....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...