Tuesday, July 24, 2012

Burger sahur?

Assalamualaikum.. Menu sahur kami simple dan prepared dengan penuh kasih sayang, hasil air tangan husband. Yelah, kat sini mana la ada MCD.. jauh lagi burger king. Nak makan burger pun kenala buat sendiri. Rezeki kami dapat jumpa daging burger halal. Merasalah burger kambing u olls..


burger kambing penuh kasih sayang

Actually ada 4 biji. Tamak sangat kan.. ada la balance sebiji lagi.. simpan untuk berbuka.. hehe.. Time sahur, lauk sedap mana pun selera makan merundum jugak. Nak mengunyah pun tak daya.. Macam aku dengan husband memang kena sahur, husband ada gastrik dan aku yang tengah mengandung nie, kalau tak sahur jawabnya tak laratlah nak puasa..

Nie pun bila nak ke petang, baby dah start mengeras.. Baru 16 minggu tapi aku kekadang terasa dah pergerakan budak nie. Lepas makan, lagilah kemain aktif sampai aku rasa mual..

Ok, lepas nie boleh la tukar-tukar juadah ye.. Bebudak kan suka makan burger, ayam goreng macam nie. Sesekali bolehla umpan diorang bangun sahur. Al-maklumlah, time sahur, nak kunyah nasi pun tak larat.. hehe..

p/s : menanti ketibaan kurma dari Malaysia... Tak lengkap puasa tanpa kurma..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...