Friday, July 20, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum.. Pejam celik, dah 2 minggu rupanya aku kat sini. Sekejap je masa berlalu. InsyaAllah, esok kita semua dah mula berpuasa, malam nie dah mula solat tarawikh. Yang pasti aku kat sini tak dapat nak merasa solat tarawikh kat masjid. Hmm, keadaan keselamatan yang tak mengizinkan. Lagipun masjid sedikit jauh dari rumah. Jawabnya solat di rumah saja lah...




Semalam berdebar juga menunggu sms dan update dari kawan-kawan fb bila tarikh mula puasa. Al-maklumlah, kat sini takde penyimpan mohor besar nie.. Tak dapek nak nengok pakcik announce. Dapat update dari kawan-kawan pun alhamdulillah.. Pengalaman pertama nak berpuasa kat tempat orang, sedikit teruja. Cuma tulah, tak semeriah puasa di Malaysia yg kaya dengan makanan, makanan dan makanan.


jangan lupa niat puasa tau...

Apapun, aku bersyukur dapat puasa bersama dengan suami tahun nie, kalau tak memang kesian la dia puasa sorang-sorang, raya sorang-sorang kat sini. Sah-sah aku yang menangis lebih nanti. InsyaAllah, bulan ramadhan nie akan kami manfaatkan sepenuhnya. Nak top up pahala banyak-banyak since banyak masa terluang, jauh dari hiburan, jauh dari makanan yang sedap-sedap terhidang atas meja hingga buat aku terbungkang macam ular sawa. 


To all readers, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini... 


p/s : rindu big family kat malaysia... baik family kuantan, mahupun family KL... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...