Monday, July 30, 2012

3 minggu sudah

Assalamualaikum.. dalam x sedar, dah 3 minggu aku kat sini. Cepat sungguh masa berlalu. Tak tau la sama ada aku boleh stay sampai bln 11, semuanya bergantung pada visa. Huhuhu.. Alhamdulillah, so far dah rasa selesa kat sini, x macam masa mula-mula sampai. Lagipun masa banyak di habiskan kat rumah je. Weekend kalau keluar pun just beli barang dapur.

Cuma satu lah, duduk kat sini duit mengalir keluar macam air. Kalau convert ke RM, boleh gugur rambut nie. Tapi apakan daya, semuanya mmg keperluan dan barang makan. Kat pasar sini, kalau nak beli ikan tak macam Malaysia, timbang dulu then baru bagi harga. Sini semua fix. Jangan nak tawar-tawar harga, memang tak dapat. Kat tempat kita, nenas sebiji dalam RM1.20..paling mahal pun RM4.00 kot.. sini, sebiji 20kina... Lebih kurang RM35.00.. nenas kecik comel tu je kottt..

Buah-buahan memang mahal.. Macam aku, dalam peti ais memang perlu ada buah. Untuk Amal yang memang suka buah. Aduhai... Gugur rambut laki makk.. apapun, nie semua pengalaman. Bukan lama pun aku kat sini kan...Lepas nie tak merasa dah..

Published with Blogger-droid v2.0.6

1 comment:

~~zana@pb~~ said...

Sabarlah mummy jue, lama2 nanti tumbuh balik rambut encik suami tu....hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...