Monday, July 16, 2012

15 minggu sudah...

Assalamualaikum.. Minggu nie kandungan aku dah masuk 15 minggu. Bila memalam time nak tidur tu ada la rasa gedik-gedik kat rahim.. Aktif malam budak nie. Masa mengandungkan Amal Khalisah aku tak perasan sangat.. Dah masuk 20 minggu baru rasa gerak-gerak.. So, pregnant kali nie, since dah ada pengalaman, aku lebih alert sikitlah.


Setiap kali mengandung, pengalaman takkan sama. Masa mengandung Amal Khalisah, aku boleh buat kerja dapur, siang ikan segala bagai, cuma pening-pening sikitlah. Mengandung kali nie, awal-awal trimester memanglah takde muntah-muntah sampai tak boleh bangun. Tang selera makan tu kurang sikit, berat pun drop banyak, even tak muntah. Masa Amal Khalisah, melantak tak hingat. Sekarang nie, kalau siang ikan, pegang ikan je aku dah rasa macam ada puting beliung dalam perut nie. Menggelodak semacam, tak tahan bau hanyir. Ayam pun sama. Tengok darah lagi lah tak boleh. 


Kali nie aku letih sikit. Kesian mama masa awal trimester pertama, aku memang tak banyak buat kerja rumah, cepat penat, sakit pinggang, cepat mengantuk dan cepat nak pitam. Faktor badan gemuk kot. Berat badan mengatasi segalanya. Sekarang dah ada tempat orang, tak boleh nak malas-malas masak, nak tak nak kene hadapi juga, berapa kali berhenti, meloya tekak tu toksah kiralah. Masak pun ambil masa lama.

scan 4d, beberapa hari sebelum terbang..
Alhamdulillah dah 13minggu, sangat-sangat terkejut
Baby aktif golek-golek, excited sebab daddy ada sama
sampaikan susah nak dengar heartbeat
scan kat sini tak taulah macamana kan..tunggu sebulan lagi..



Aku harap kandungan kali nie selamat, baby sihat, aku sihat, mampu jaga anak dan suami, buat kerja rumah dan penting, puasa nanti. Harap aku ada kekuatan untuk berpuasa dan beribadah. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga kat sini... Amin..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...