Monday, June 11, 2012

Grill steamboat @ city times hotel, kuantan

Assalamualaikum.. Dinner tadi pakat ramai-ramai dengan jiran sebelah rumah makan steamboat. Sekali sekala makan ramai-ramai memang meriah lah. Lagipun lokasi memang dekat dengan rumah, tak sempat panas punggung. Orang dah ajak, takkan nak lepaskn peluang. Makan ramai-ramai, bayar asing-asing. Kelas gitteww..





RM19.90/person.. untuk tempoh promosi saje. So warga Kuantan, sila serang ye.



Aku nie x leh makan banyak-banyak, sumbat semua dalam perut. Mesti makan slow and steady. Gila kau time pregnant nak sumbqt banyak-banyak. Boleh muntah tau! Dah membazir di situ. Steamboat aku makan dah last-last. Awal-awal dok serang dessert dulu, buah dan puding roti with sos kastad. Berulang kauuu.. orang lain tak dapat rasa. Kejam? Eh x, sape suruh tak tambah makanan. Lagipun aku kongsi dengan anak. Mommy kan baik, utamakan anak dulu.


Target utama nak makan grill beef. Amik sikit-sikit, tunggu masak then amik lagi. Aku rasa aku amik daging kambing, nasib baik sedap. Cicah dengan hot sos and blackpapper sos..Makan pula dengan salad. Korea gitteww.. kikiki.. owh mussle pun aku grill kan n cicah dengan mayonis. Jangan tak caye, itu je yang aku makan, tapi banyak la..Lebih melayan karenah anak.


Last baru makan steamboat, kuah tomyam memang kick. Pekat dan sedap. Hajat nak duduk lama lagi tp family semua dah nak balik. Nak tak nak kena angkat punggung sama. Satu yang aku boleh katakan, dari segi makanan, biasa je, pilihan pun x semeriah yang aku makan sebelum nie. Aiskrim keras, susah nak ambil, sayur macam tak berapa fresh, dessert pun sikit je. Apapun, alhamdulillah.. Banyak tu je rezeki kitorang malam nie. Ada rezeki makan lagi..


Lepas nie fikir idea nak makan apa pula dengan jiran tetangga... Maaakan je kan? 


p/s : mata tak boleh lelap, perut berkeroncong....


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

bunga_rose said...

aku tak penah try steamboat, takut tak pandai nk makan bila dah masuk kedai nanti haahh

Ann Lee said...

saya duk godek2 google nk cri benda lain skli jumpe benda lain..terus sangkut kat awk pnye ni..sedapnyer steamboat..awk ni mmg hantu steamboat ek..heheh..mlm ni saya nk try steamboat kt City Time. harap2 berbaloi2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...