Thursday, June 7, 2012

Cara makan orang diet



Assalamualaikum.. Aku nie bukanlah kaki drama korea or kpop, tapi ada la satu dua rancangan yang aku tengok. Running man antaranya lah dan family outing. Tapi satu perkara yang aku suka tengok, cara diorang makan dan masak. Minyak? Memang susahla nak tengok minyak penuh kuali. Klau ada pun just setitis dua, itupun minyak bijan. Dari segi masak pula, lebih pada stew or grill.

Kimchi, yup aku pernah rasa but hasil tangan my Sil.. bukan asli korea mari. Not bad, kena la dgn tekak aku. Sour, spicy n little bit sweet. Cita-cita tinggi nak buat sendiri tapi memanjang bertangguh. Dasar sungguh.. hehe.. Aku rasa, pada orang yang nak diet, elok cuba cara makan macam gambar ehsan pakcik google yang aku tepek tu. Nasi cinobet, daging sehiris, klau nk ikut tekak melayu letakla cili padi sehiris or sambal belacan. Gumpal semua, masuk mulut. Crunchy salad tu buat korang menikmati makanan dengan penuh nikmat. Sedap u olls.. Aku pernah cuba, mmg kenyang. Dalam 10 gumpalan, dah full. Kenyang!

Orang mungkin akan mengata, terpengaruh dengan budaya luar, kpop lah sangat tapi andai perkara itu baik dan tak melanggar syariat islam, why not kita praktikkan betul x? Depends pada diri sebenarnya. Yang baik kita contohi, yang buruk please buang jauh-jauh, jadikan pedoman.. peace!!

p/s : laparrr

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...