Thursday, May 3, 2012

Simple deep cleansing facial wash

Assalamualaikum.. Aku nie, since dah tak bekerja, jarang make up, memang takde la kisah nak sental muka ikut step. Pakai apa je yang ada. Kekadang tu, tak ingat nak cuci muka. Bab pakai pelembap pun, guna aquoas cream anak. Janji sesuai. Yang bagusnye kulit aku nie susah nak tumbuh jerawat, kalau ada pun naik satu dua, jerawat pemanis katanya. 


Aku pernah try produk simply siti dan safi, malangnya dua-dua tak serasi dengan kulit aku. Bila pakai je rasa macam kulit nie terbakar, pastu jadi kering. Boleh keliru mana kulit muka, mana kertas pasir.. Kasar semacam..


                                  
Simple deep cleansing facial wash dan deodorant

Baru-baru nie, jalan-jalan kat watson ECM, Kuantan. Hajat hati memang nak cari pencuci muka. Sambil tu intai-intai deodorant simple. Yes, i use it. Memang susah nak jumpa kecuali kat watson. Aku dah try macam-macam toknenek deodorant dan hanya produk simple je serasi dengan kulit ketiak aku. 

Berbalik pada pencuci muka, yes.. aku beli satu botol nie. Tak ingat harga. Satu yang bestnya produk simple nie sebab 100% perfume and color free with no unnecessary additives. Sesuai untuk kulit sensitif dan semua jenis kulit lah senang cerita. 1st time pakai, memang dah terasa perubahan. Lembut, pores mengecil dan yang paling penting, sangat selesa. Kulit muka pun tak terasa tegang.

Lepas nie, boleh la nak try toner dan krim pelembap. 

p/s : tepek bedak sejuk memalam pun boleh cantik!

1 comment:

Navaneetham Krishnan said...

great product review and simple is a brand within an affordable budget.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...