Monday, May 21, 2012

PJJ tak seronok

Assalamualaikum.. Dah 3 minggu berjauhan dengan suami, tapi aku rasa bagai dah berbulan lamanya. Rindu toksah katelah.. lagi-lagi time mengandung nie, hormon nak bermanja, nak mengada-ngada pun datang. Masa pregnantkan Amal Khalisah, memang di layan bagai puteri. Suami tolong picitkan kepala, rasa nak makan, kalau xde selera minta suami suapkan.. Nahhh, sekarang sakit kepala cari tiger balm, tonyoh kat kepala sendiri. Tak larat pun kena gagahkan diri.


Nak pergi mana-mana pun sendiri. Drive sendiri. For surelah dengan izin suami. Mr husband pun sama, sekarang nie tiap kali chat/msg/call mesti aku akan tanya "abg masak apa arinie?" Ye, dia dah pandai masak dan uruskan diri kat sana. Kemas rumah, basuh baju, lipat baju. Senyum aku kat sini. Bolehla jaga aku dalam pantang nanti.. kikiki.. Aku kat sini, memang x masak, harapkan mama je. Ntah, bau tumis-tumis nie buat hidung aku kembang kempis. Siang ikan pun dah kembang tekak. Haish...


Ada pro n cont perkahwinan jarak jauh nie. Yang bagusnya, semua nie menguji dan ajar kita lebih berdikari. Boleh rindu-rindu, kuatkan kasih sayang, rasa macam bercinta balik. Weeee... Yang x bestnya, jauh.. tak duduk sekali, tak makan sama. Yup, pada aku tak kisah sesibuk mana pun kerja, dinner mesti sama-sama. Pukul berapa pun suami balik, time mkn tetap sama.. Makan sekali.. Dah jauh macam nie, memang xde harapanlah.. Anak la yang paling kesian. Mencari mana daddy.. hmm, PJJ tak kewwlll ok..


p/s : miss my other half


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...