Wednesday, May 23, 2012

Penawar rindu

Assalamualaikum.. Ada hamba Allah tanya aku, ko tak rindu ke kat laki ko? Giler tak rindu!! Budak sekolah yang ada gf/bf pun reti rindu, nie kan pulak aku yang dah kahwin. Huish, siapa tak rindu laki oiii.. Tapi xde la sampai tahap tidur tak lena, mandi x basah, makan tak lalu.. ok part tu, khas untuk suami aku lah.. Apapun berlaku, jauh mana pun pergi, bila jumpa nanti badan tetap semangat. Tidur tak lena? Takde dalam kamus dia kecuali time ada anak, time aku kejut minta buatkan susu anak. Takpun bila si mektok nie tak reti-reti nak tidur even jam dah 3.00am.


Makan pun sama, husband aku memang tak cerewet bab makan. Apa saje dia ngap, janji halal dan boleh kenyangkan perut. Hidup mesti diteruskan. Rindu anak bini itu wajib.. Makan tetap makan. Cuma pilihan makanan kat sana taklah sehebat di Malaysia.Asal lapar, ko singgahlah mana-mana kedai, janji ada duit. Kalau x, ko telan air liur jelah. Aku selalu pesan kat husband, jaga makan.. jangan makan yg bukan-bukan, jadi darah daging semua tu. Setakat nie alhamdulillah, husband banyak makan kat rumah, masak sendiri. Siapa sangka, dia pandai masak sekarang. Proud of you darling..


Dengan keadaan serba serbi mahal kat sana, segalanya terhad. Tak boleh call selalu, sms pun tgk keadaan. Siang, email jelah.. video chat? Hmm, depends juga.. Internet sangat mahal. Nak tak nak kerja bekorbanlah. Asal timbul rasa rindu, tadah tangan, doa pada Allah moga cinta kami tak pudar. Sibukkan diri dengan anak. Sekurang-kurangnya aku ada anak untuk menghilangkan kesunyian, tapi suami? Kesian...


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

mimie.. said...

huhu..besabarlah ye..insyaAllah dgn berkat kesabaran itu akan membuahkan hasil satu ari nanti ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...