Sunday, May 20, 2012

Pembawakan budak atau sebaliknya

Assalamualaikum... Makyong skrg memang malas sungguh nak update blog. Serba serbi malas, mata nie rasa nak terkatup je. Dugaan bantal makin menjadi-jadi. Ish, pembawakan budak memang cenggitu yek? Actually faktor utama jadi gitu sbb tak xcukup tidur, malam tidur-tidur ayam je. Amal Khalisah nie kalau nak tidur, kemain lagi.. Peluk baju dddy itu wajib.. yang lainnya dok tgaru sana, tgaru sini. Maknye nie, startla bebela kan anak sambil tolong menggaru. 'Masa main takde kisah nak garu, bila nak tidur barula terkerok sana sini..' Reaksi anak? 'Mommy, Ada aku kesahhhhh...' Tetiap malam cenggini. Maybe faktor cuaca, Kuantan memang howttt, tambah pulak bilik xde aircond. Padan muka kami berdua.


Selagi dia x tidur, aku memang x bole tidur. Lelap je dah kene cungkil biji mata, x pun mektok nie dok henyak perut.. 'adikk..adikk' ajak adik main. Nakkk, adik kamu tu baru je nak menjadi.Rupa bentuk pun xde lagi. Denyut jantung pun belum ada, dia dah ajak main. Haishhh.. kalau aku dah sarat. Perut dah besar, mektok nie dok henyak, mau terberanak aku kat situ jugak.


Kekadang tu, aku baru tepuk bantal, tarik selimut nak tidur, budak nie dah bangun.. Mencari mommy. Tidur kemain lasak. Tumit kaki dia memang selalu singgah atas mata aku! Senakkk.. Bila jadi cenggini, kekadang nak nangis pun ada. Kita sorg jadi mangsa buli anak. Sebelum nie, daddy dia kena jugak. Yang peliknya, anak aku cukup senang tidur kalau dengan daddy nya. Daddy peluk jap lagi lena lah. Lengan daddy jadi bantal peluk. Senang sungguh. Bila dengan aku je, kemain mengada.


p/s : taktau la bila dah beradik nanti macamana... Pening kepala mommy nakkkk oiii...


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

bunga_rose said...

haahhaah... ko sama cam aku ari tu la..mmg teruk dia lanyakkan perut ni bila tau ada adik..

anak kau pun jenis tido kena bergaru ke, masak kita kan.. anak aku siap amik sikat, suh garukan belakang dia.. adoiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...