Wednesday, May 2, 2012

Kain pelikat pengubat rindu

Assalamualaikum.. Allahuakbar, Ya Allah.. siapa kata berjauhan dengan suami itu menyeronokkan? Sumpah x best!

Macam aku nie kalau rindu, bolehla nak control-control emosi tapi tetap kalah jugak dengan anak. Dah malam kedua dia tidur tanpa lengan daddy. Mencari jugaklah.. Nasib baik ada baju dan kain pelikat yang husband sengaja tinggal dan sengaja aku tak basuh...

Saat-saat macam nie, baju bau peluh pun boleh jadi wangi!! Waktu siang, dia xde kisah mencari sangat sebab dah menjadi kebiasaan daddy kerja waktu siang dan malam ada kat rumah. Dan mujur juga kami di Kuantan, at least x terasa sangat.

Saat dan ketika aku update post nie, badan Amal khalisah sedikit dedar, menunjukkan tanda nak demam.. janganla berpanjangan, kesian dia...

Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...