Monday, April 9, 2012

Sterimar Hypertonic Nasal Spray

Assalamualaikum.. Aku nie memang spesis ada resdung. Gatal hidung memanjang, pastu kalau batuk memang berpunca dari resdung. Hidung aku pulak memang kadang-kadang tak dapat nak menikmati bau-bau yang best. Ada masa busuk manjang. Itu memang normal untuk orang resdung macam aku.


Sterimar Hypertonic Nasal Spray 100ml
Sterimar Hypertonic Nasal Spray

Sekarang, kalau aku rasa berat tang kepala, sakit tang hidung, dahi, area muka, memang tu tanda resdung makin nak menjadi. Azab Allah je yang tau. Hidung tersumbat, serba serbi tak kene. Nak celik mata kadang-kadang pun cam sakit je. Aku pernah kongsi kisah aku pergi Klinik ENT Pandan Prima. Habis beratus baru la baik batuk.

Selain dari makan ubat, aku guna nasal spray nie untuk clearkan apa yang blocked kat lubang hidung nie. Sembur lubang hidung each 2 spray, lepas 5 minit sembur lagi. Rasanya, memang masin. Dah nama pun seawater. Kalau yang tak tahan, yang first time guna, memang terasa sampai kepala sakitnya. Tapi sekejap je lah..

Tak sampai 5 minit, lendir keluar. Korang memang susah nak bernafas masa nie, sebab lendir terlalu banyak keluar. Baik kot hidung, baik kot tekak.. Silalah ludah, jangan nak telan. 1st time aku guna, dekat setengah jam duduk melanguk depan sinki, meluahkan segala apa yang terkandung dalam hidung. Sumpah, lega gila lepas tu..

Sekarang, kalau aku batuk, rasa nak demam, sakit-sakit muka memang ku capai nazal spray, dan sembur je. Senang. Tak payah telan ubat.. Bab gatai hidung, memang hilang. dan hidung kembali berfungsi macam biasa. 

Kalau tak silap, ada jual kat farmasi kot. Tapi kalau korang spesis yang resdungnya memang teruk dah, aku sarankan jumpa pakar ENT. Nanti doktor akan teropong hidung korang, dan tengok sendirilah apa yang terkandung dalam tu... Memang seram dan yang pasti takde ulat-ulat seperti yang orang takut-takutkan tu..

p/s : selamat mencuba!

3 comments:

ZYASH said...

thz for the info..zy ade resdung skrg ne, n tgh aktif...hehehe...nanti zy g carik benda ne kat farmasi..

bunga_rose said...

errr klu gatal telinga??? serius weh, tahap kronik gatal telinga aku ni

Khairul said...

cuba try Ubat Resdung Bella Formula, insyaallah yg terbaik setakat ini di Malaysia.

Klinik Keluarga & Surgeri Bandar Baru Sungai Buloh pun suggest ubat ni. hehehe :)

Ada pelanggan saya seorang pesakit resdung level 2 pun dah semakin berkurang resdung dan x ambil dah rawatan bulanan di pusat rawatan resdung. Alhamdulillah, semua dengan izin-NYA sahaja :)

http://ubat-resdung.com/
SMS/WHATSAPP 017-5601956

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...