Tuesday, April 17, 2012

Restoran Mohd Chan Abdullah, Bangi...

Assalamualaikum.. Plan nak makan kat Aroma Ikan Bakar, Jeram terpaksa dibatalkan atas sebab tak cukup korum, hati dah membuak nak makan ketam. Dasar tak reti nak sabar. So, mr husband ajak makan kat Bagan Lalang, tapi hati meronta takmo pegi. Jauh jugak tu kan? Last choice, makan dekat Bangi je lah.. Ingat nak ke Ana Ikan Bakar Petai, Bangi tapi mengenangkan hari dah malam, for sure banyak yang dah takde.. Target utama, nak makan ketam...

Ye, ini menu untuk kami berdua sahaja.. Amal Khalisah makan wantan mee BBQ

Ketam telur masin, untuk kami berdua.. kering sikit

Sizzling taufu

sotong goreng apa ntah, nie husband yang order

Baby Kailan masak sos tiram

Nahh, mesti ada yang tertanya, makan berdua je kenapa order dalam portion besar? Actually, satu kelemahan tempat nie, kita tak boleh decide nak makan untuk berapa orang, tak macam restoran biasa. Menu memang dah di tetapkan.. Portion macam nie, paling kurang boleh makan 4-5 orang lah.. For sure aku dengan husband tak larat nak habiskan semua yang terhidang, maka bungkuslah untuk bawa balik. Dah save, esok just panaskan saje.

Dari segi harga memang ok, not bad.. Dari segi rasa pun boleh tahan sedap. Cukup rasa, masam masin, segala ada lah.. Banyak pilihan menu lain kalau nak makan kat sini, selain dari seafood, mee jugak ada, nasi ayam, macam-macam lah..Nak cuci mata tengok menu yang ada, boleh klik www.mohdchan.com.my.  Dari segi portion, memang puas hati. Kalau nak datang, memang kene datang awal sebab tempat nie sentiasa penuh. Orang memang ramailah. 

Dan yang pasti, sebelum aku memuat naik semua menu nie dalam perut, aku awal-awal lagi dah telan zyrtec. Ubat untuk alahan, since aku memang alah pada seafood, especially ketam dan udang. Benda lain, mak hentam je. Alhamdulillah, takde la naik alahan macam dulu, sampai perlu ke hospital untuk injection, cuma rasa mabuk sikit.. Pening, lalok semacam dan yang pasti, tak sampai 2 jam makanan dalam perut, aku dah muntahkan semula.. Rugi.. Nasib baik boleh repeat semua menu tu.. (nasib makkk tapaw).

Dah lepas ngidam aku untuk makan ketam. Nak makan benda lain pulak lepas nie... 

p/s : geng mommy needle (kengkawan menjahit) bila kita nak lepaksss sesame..?

Published with Blogger-droid v2.0.2

8 comments:

shah said...

aduhhh feveret tu ketam ngan sotong...
kat mana eh...

FARAH deeb said...

Dekat opisku ni pun ade restoren cin amuslim tapi xnah pegi. Haritu kawan pegi dia kate mostly masakannye manis. Owh tidakk kottttt...! Theee...
My latest Entry :)
Edisi Mari Belajar: Menu Majlis Harijadi

fieda said...

nmpk sedap2 tu..

...mommy jue... said...

shah : banyak cawangannya... boleh tengok kat sini http://www.mohdchan.com.my/findus.html

...mommy jue... said...

farah : hehehe, tengok atas kedai kot? jarangla kedai masakan cina ie manis2 melainkan cina kelantan.. so far ok la.. tade manis pun.. cuba la nanti =)

...mommy jue... said...

fieda : sedap3

Fitri Senin said...

deret kedai tu pun ada lagi satu restoran makanan cina islam..boleh juga try..sedap..tp sorry x ingat pe nama kedai

Mizz Coki said...

Errkk

Errrkk..

Mommy,

kalau saya dan hubby, kami boleh habiskan semua lauk2 tu berdua Ngehehhee....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...