Friday, April 20, 2012

Perkahwinan Jarak Jauh

Assalamualaikum.. Aku bakal melalui satu fasa yang sedikit sukar untuk aku. 3 tahun di ijabkabulkan, dan sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3 akan datang, kami bakal melalui satu fasa PERKAHWINAN JARAK JAUH. Bunyi ngeri kan? InsyaAllah, pengalaman yang diperoleh takkan jadi ngeri.. Amin..


sumber : google

Risau? Macam-macam perasaan ada tapi semuanya aku serah di tangan Yang Maha Esa. InsyaAllah, moga Allah pelihara rumahtangga kami. Biasalah, bila dah jauh nie, macam-macam la hasutan syaitthooon dalam kepala otak. Fikir semua yang bukan-bukan, yang negative. Haishhh, ada je usaha si iblis nak memecah belahkan rumahtangga. 

Zaman canggih seperti sekarang, rasanya takde halangan untuk kita berhubung dengan pasangan. Skype, YM, Gtalk, facebook dan macam-macam lagi lah. Nak video chat pun takde masalah. Cuma yang menyukarkan, pasangan kita takde dengan kita seperti selalu. Yang paling rindu, anak lah, for sure. Lagi lah budak nie tengah membesar, tengah seronok tengok gelagat dia yang tak penat main.

Owh, peranan aku sebagai isteri pun tak semudah yang aku sangka. Tanggungjawab yang harus di pikul bukan mudah. Akulah mommy dan aku juga lah daddy, perhatian pada anak memang berganda dari biasa, kasih sayang juga sama. Dari segi tingkah laku, segala serbi rasanya tak perlu aku kongsi, masing-masing sebagai isteri/suami dah tahu peranan masing-masing.

So, tanggungjawab untuk menjaga hubungan dan ikatan perkahwinan, bukan hanya terletak pada sebelah pihak semata sebaliknya dah jadi tanggungjawab bersama. Aku harap, fasa baru yang bakal aku lalui nie, buatkan aku jadi kuat dan lebih menghargai cinta dan kasih sayang yang Allah pinjamkan pada kami suami isteri.

Lepas nie, kalau nampak aku berdua je dengan anak, janganla bertanggapan yang bukan-bukan ye.. Aku bukan ibu tunggal tapi ibu tinggal.. kikiki.. kene tinggal untuk sementara waktu atas urusan kerja. Mencari nakfah lebih katanya.. Demi perut kami jugak! 

Percaya, tawakal, doa dan serahkan semua nya pada Allah swt. InsyaAllah....



3 comments:

.:hana radzi:. said...

hana pun pernah alami fasa ni.mmg akn dtg mcm2 nk pk buruk..sabar ye.dugaan.

RahsiaSocialBookmarking.com said...

long distance mmg susah tapi sekrg dh banyak alat komunikasi.. yang penting masing2 sanggup compromise.

p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!

bunga_rose said...

ibu tinggal, bukan ibu tunggal.. haahahaha.. lawak seyh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...