Monday, April 23, 2012

Pavlova pukul tangan

Assalamualaikum.. Lama dah tekak nie ngidam nak makan pavlova. Ingatkan nak buat minggu lepas tapi mixer tertinggal kat kuantan. Dek kerana hati ini meruntun nak makan pavlova, tahap jenis tak boleh bawa bersabar, gigih juga pukul telur tanpa guna mixer. Nahh, lenguh tangan toksah cakap lah. Rasa nak tercabut lengan nie hah!


tadaaa, dah tinggal banyak nie baru nak snap gambar. 


Sesaje je kali nie buat ala-ala comey gitu. Senang nak ngap masuk mulut. Separuh azab pukul dengan tangan, akhirnya menjadi juga. Memang ambil masa yang lama, nak tunggu jadi meringue tu kan.. Macam tu juga masa nak pukul whip cream tu. Buah, aku just guna apa yang ada. Mangga dengan anggur je.. Tu pun dah selera dek tekak..

p/s : sememeh sket tapi ada aku kisah? sedapp jugakkk.. kikiki

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...