Thursday, April 5, 2012

Pahala seorang isteri.. indahnya alam perkahwinan

Assalamualaikum.. Senang rupanya nak dapat pahala dari Allah swt. Untung la badan sebab dah kawin dan dapat buat semua nie. InsyaAllah, mudah-mudahan hati ini ikhlas jalankan tanggungjawab sebagai isteri, sebagai hamba Allah swt. 



1) Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
2) Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
3) Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
4) Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
5) Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
6)Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
7) Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8)  Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan TAAT kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
See, mudahkan? Yes, i'm gonna miss all this things.. 
p/s : tak boleh cerita panjang, sebakkkkkkk

2 comments:

si gadis melayu said...

rasa nak kawin pulak ==' haha

.:hana radzi:. said...

masyaAllaah..bertuah sungguh seorang wanita bergelar isteri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...