Thursday, April 5, 2012

My generasi.. miss that moment

Assalamualaikum.. Bila tengok youtube nie, memang memori lama bertandang kembali lah. Cewah.. Generasi dulu, dengan sekarang memang jauh beza, sangat jauh. Aku rasa bebudak dulu, zaman aku memang totally-enjoy-their-life. 




Zaman aku, memang takde hp. Orang yang ada hp tu kira kaya dan itupun hp jenis yang besar gedabak, baling-anjing-pun-boleh-mati.Selalunya guna telefon rumah jelah. Bergayut dengan kawan-kawan sampaikan mak bebel call rumah asyik engaged!Rasa nak call bff ke, nak call ehem-ehem naik cari public fon. Duit syilling memang sentiasa ada. Dapat cakap sekejap pun jadilah kononnya. Haha, gatai!! Sekarang nie, kalau ada fon rumah berdering je, haremmmm nak berebut angkat.


Masa kat sekolah, time yang paling student suka bila cikgu mesyuarat or dah akhir-akhir tahun. Boleh bawa buku cerita, boleh main apa yang kita nak, selain dari duduk bergossip.
Yang perempuan dok main batu serembanlah, mewarna ke, apa-apa jelah aktivitinya. Yang lelaki selain dari lawan pemadam, main bola kertas, penutup botol, apa lagi? Banyaklah..


Kalau ada muka comel-comel dan gedik sedikit, memang ko tahap hottt kat sekolah, maka banyakla dapat surat dari secret admirer. Buka surat, habis terabur bedak. Wangiii.. Sumpah, tak tipu.


Bab buku biodata pun sama. Makanan kegemaran, minuman kegemaran, cita-cita, ucapan segala bagai. Tulis dengan pen warna warni, ada cloud, hias cantik-cantik. Nak kreatif, bakar dengan lilin or cucuk-cucuk dengan ubat nyamuk. Betul tak? Budak lelaki, nak berjalan mesti by group. Pegi toilet pun secara jemaah. Takut pegi sorang-sorang kot.


Petang-petang main kat depan rumah, galah panjang, badminton, roller blade, memang meriah. Hidup nie takde jurang. Masa tu kepala otak tak fikir lain, fikir nak happy je. Takde kisah soal internet, takde kisah siapa sms dan tak tau pun apa tu sms. 


p/s : rindu zaman sekolah, zaman kanak-kanak esp sekolah rendah.. best!



2 comments:

bunga_rose said...

wei setuju... best gile zaman sekolah dulu2 nak banding zaman skrg kan.. skrg sume pun guna internet, so cam tak rapat sangat silaturahim tu

...mommy jue... said...

zaman kita kat hostel pun best kan? beratur panjang, nak guna public fon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...