Tuesday, April 3, 2012

Get well soon sayangs...

Assalamualaikum.. Allah menguji kami sekali lagi. Kali nie aku harus kuat. Kuat demi anak dan suami. Kami sekeluarga demam, sakit-sakit. 

Amal Khalisah @ KPJ Kajang. Since malam semalam batuk, nafas pun lain macam je dengan selsema. Nampak sangat dia lemah. Aku memang susah hati. Suami pula, sakit pinggang yang amat, aku tak tau nak gambarkan macamana. Bila tengok keadaan dia sakit tu, memang rasa nak menangis sama. aku memang jenis mudah menangis. 

Daddy, gagahkan diri bawa anak pergi Hospital. Bila keadaan macam nie, lagi berat hati dia nak tinggalkan kami dua beranak. Hati berbelah bahagi. Owh, satu keputusan yang sukar untuk di buat. Takpe, itu lain kali aku story.

Aku? Allahuakbar, dah lebih 2 minggu batuk. Berjangkit dengan family yang baru balik dari umrah, malam kami memang tak sunyilah. Satu rumah dok kungkang batuk. Anjing jiran seberang jalan, sama naik dok menyalak. Gatai tekak la tuh!

Batuk sampai bawa ke muntah. Apa je aku makan, lepas tu muntah. Ops, takde mengandung-mengadung pun. Masa bawa anak jumpa doktor pakar Paed kat KPJ kajang tadi, doktor tu suruh aku buat check up, nie bukan batuk biasa nie.... sengih je lah mak mampu.... uhukhukhuk....

Bila anak dan suami tak sihat, kita yang tak sihat nie memang KENA sihat untuk jaga diorang, Hingus soksek pun tahan je. Dahulukan diorang. Malam-malam ON CALL, tunggu masa kena panggil minta urut, minta tepuk anak.. Alahai sayangs-sayangs mommy, get well soon. Cepatlah sembuh ye. Turn mommy pulak nak bermanja-manjaan...

p/s : sebulan tinggal rumah, banyak benda nak kene kemas. Tunggulah sihat-sihat sikit baru boleh buat. sekarang nie? makan ubat dan tidur je lah.......



1 comment:

bunga_rose said...

ciannye sampai 1 kuarge tak sihat.. tp aku setuju tu.. kita kena kuat tuk jg diorang kan..

hope korang bertiga cepat sihat k jun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...