Monday, April 16, 2012

Cara mudah bagi anak makan ubat.. tanpa perlu bersilat

Assalamualaikum.. Lama betul tak update blog. Bz mengalahkan orang kerja. kikiki. Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah, menyaksikan keindahan dunia batu kat KL nie. Sampai hujung bulan nie je kot aku sibuk. Sibuk menghabiskan masa dengan anak dan suami. Owh, sesaat pun penting tau. Tambah lagi bila akan melalui fasa PJJ - perkahwinan jarak jauh. Ayakkkkk, itu bukan sesuatu yang mudah bagi aku.. uhuhuhu..


Ok, takmo cerita pasal tu.. Lain kali story. Aku nak cerita kisah anak dara aku sorang nie. Dua tiga hari nie memang dia tak berapa sihat, batuk, selsema.. Start keluar belon  kat hidung. Sebiji macam Nobita  dalam cerita Doraemon. Nak kesat hingus pun bukan main susah nak bersilat bagai.. Apatah lagi nak bagi makan ubat..


Selama nie, aku dengan husband kalau nak bagi makan ubat, memang dua-dua terlibat sama.. Sorang pegang tangan, sorang pegang mulut, apa je yang sempat lah. Asalkan dia telan. Dan for sure, si kecik nie akan meronta, dan jeluak kan balik ubat tu. Saje simpan dalam mulut, jap lagi dia keluarkan. Geram kan?


So, since dari hari itu. Aku just bagi syringe yang dah siap isi ubat dan dia akan makan dengan sendirinya. Tak payah susah nak bersilat sama. Well, dah 2 tahun u olls, Amal Khalisah dah besar la mommy, saya boleh buat sendiri.. Itu dialog aku je, dia tak pandai cakap pun lagi. Since that day, dia sendiri tau masa bila dia akan makan ubat. Dan dia sendiri akan remind kan aku.. "ba, bat..bat.." (read : ba=mommy, bat = ubat). Well done sayang...


Yup, at this age, sebolehnya diorang nak buat semua benda sendiri. Konon dah grown up, makan pun takmo bersuap and kalau kat meja makan nak duduk dekat seat mommy.. Kalau nak keluar pun dah pandai pilih baju, kalau tak kene selera dia memang takmo la dia pakai. Kiranya lepas nie, apa-apa aku akan bagi dia buat sendiri dan aku just monitor dari jauh je.


Senangnye hati. Satu part dah selesai, tinggal satu part je lagi.. Potty train. Aku rasa, hold dulu kot, tunggu dia dah 2 tahun setengah.. Sekarang nie pun tak berapa faham lagi. Cuma time mandi dan lepas mandi ada la aku train sikit-sikit. Bagi dia faham. 


Daddy, for sure senyum dan tarik nafas panjang tengok perkembangan buah hati dia. Lepas nie hanya dengar cerita dari mulut mommy. 2 bulan sekali baru dapat jumpa. Owh, sedeyyhhh..


p/s : Nanti ada kesempatan, daku snap picture Amal Khalisah makan ubat. 



3 comments:

bunga_rose said...

anak aku hantu obat, so tak payah risau sbb dia sndri request nak makan ubat

tapiiiii!!!!! kena monitor sbb dia akan buka esbok amik ubat, telan sendri klu nampak ubat demam peberet dia

.:hana radzi:. said...

bgslah..ni yg 4thn mmg bersilat nk bg ubt..msuk dlm syringe dah tu. bgtau gegula pun xmaunye..mujur jrg skt.tpi bila dmm tu mmg risau la..

...mommy jue... said...

bunga : haiyohhh, bahaya tu beb.. ko kene simpan ubat tinggi dari dia lah, takpun letak tempat tsorok..

hana : susah kan? panas hati pulak dibuatnya.. tapi ada dktr kata, tak elok amalkan bagi ubat selalu pada anak, biar dia baik sendiri, melainkan memang dah teruk sangat dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...