Wednesday, April 4, 2012

4.30am di KPJ Kajang

Assalamualaikum. Huarghh, aku nie dah melawan fitrah hidup. Memang tak normal. Orang, bila malam pakat tidur tapi aku dok berjaga. Terbit matahari, barulah dapat tidur. Ok, aku tau. Dah macam hantu! 


Macam kisah, melayan karenah anak yang ligat-tak-tidur, balik sini, anak dengan husband pulak tak sihat. On call, standby je lah tunggu kena panggil. Semalam, sekali lagi, subuh hari menderma kat KPJ Kajang. Perabih duit kat situ. Bukan takmo pegi hospital kerajaan, tapi nak menunggunya tu, sempat matahari terbit kot baru sampai giliran.


Nak tak nak, kene la keluar duit lebih. Aku dah resah tengok suami sakit since balik kerja, pegi klinik dah 2 3 kali, masih sama jugak keadaannya. Aku nie kat rumah, segala jenis minyak angin, hatta losyen pun aku sapu semata nak urut dia. Minyak yuyi cap limau pun aku belasah sama. Mana larat oii tengok suami dengan anak tak sihat sokmo.. 


4.45am - budak nie aktif, suka sangat dapat jalan-jalan

Ye, setelah melabur duit kat sini, dapat injection, dapat mc yang tak berapa nak guna, barulah aku tengok muka husband berseri sikit. Baru reti senyum. Nahhh, penangan gastrik, angin tak keluar, terkumpul satu badan. Memang hazab! Dulu, dia selalu gelakkan aku, ingat aku memain sakit kot. Sekarang, baru tau kan? kikikiki..

Aku gagah melangkah masuk rumah, tak fikir apa dah, terkam bantal. Kepala berat, mata macam ada magnet. Aku tau dia dah sihat sikit, since tidur pun dengan 'alunan lagu' yang nyenyak. Hari nie, satu hari aku guling-guling atas katil je. Cuaca pun seakan merestui. Owh, nikmatttnyeee rasa.

p/s : biarla semua penyakit dia tinggal kat m'sia. harap-harap kat sana nanti, dia sihat walafiat sepenuhnya.....aminn

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...