Friday, March 9, 2012

Separuh jiwaku pergi....Siapa kata berdua lebih baik?

Assalamualaikum.. Dah seminggu duduk berdua je dengan anak, jauh dari suami, jauh dari keluarga. Bukan mudah rupanya PJJ nie. Bila dah biasa bersama, ada teman makan, ada teman gaduh, ada teman bercakap dan sampai masa berjauhan macam nie, rasanya part of my life kosong sangat. Hilang!


Anak? Hmm, memanglah dia tak tau erti rindu, tak tau apa erti berjauhan but dari raut wajah, tingkah laku, aku pasti dia rindukan daddy nya. Tempat dia bermanja, teddy bear dia... She's daddy's girl!! Even rapat dengan mommy but tetap anak daddy.. Tidur nak peluk daddy, lengan daddy tulah bantal busuk dia. 


time to change diapers!!

Now, bila jauh macam nie, nampak dia mencari. Dada..dada... Kembali buat muka sedih.. Oh no.. Kesian. Yup, dia memang buah hati daddy. Buat masa nie, dia lah sorang anak, intan payung, buah hati daddy mommy.. Tambah pulak sekarang nie, rumah nie sunyi since parents dan adik-adik semua menunaikan umrah. Lagilah sunyi. Kalau ada kancil mommy, memang panjang langkah kita nakkkk..


Aku? Haruslah..My other half takde.. Makan pun takde selera. Hmm, saat-saat macam nie barulah rasa rindu yang menebal, fikirkan makan pakai suami, tak lengkap rasanya diri nie.. Tapi sekali sekala berjauhan, buat kita lebih menghargai pasangan kita. Kan?






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...