Friday, March 2, 2012

Selamat pergi, selamat kembali... Lambaian Kaabah

Assalamualaikum.. Ya Allah, tak dapat ku gambarkan bagaimana perasaan ketika my parents menyampaikan khabar yang mereka akan ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah. Syukur, Allah permudahkan segala urusan mereka. Dan lagi membuatkan aku terharu, bila mama cakap adik-adik pun pergi sama. Mama tak dapat nak bawa aku ke sana sekali since aku dah berkahwin. Takpe, bukan rezeki aku. InsyaAllah suatu hari nanti, aku akan ke sana juga.


InsyaAllah, kalau di izinkan Allah, mama papa dan adik-adik akan berangkat ke tanah suci pada 4/3/2012. Aku hantar dari airport kuantan je. Sedih, hiba, sayu, semua perasaan itu wujud. Macam-macam boleh jadi kat sana dan aku harap semuanya baik-baik je. 


Semoga segala urusan mereka di tanah suci dipermudahkan Allah. Semoga perjalanan mereka dirahmati Allah dan semoga kesihatan mereka baik-baik saja. Sesungguhnya aku dan anak pasti merindui mereka.


p/s : tiap2 hari call mama, nie 2 minggu berjauhan memang nangis lah...........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...