Thursday, March 22, 2012

Culik? Takde maknanya.

Assalamualaikum.. Aku ada update pasal kes budak kene culik nie kan? Konon-konon mohon simpati orang ramai kot-kot ternampak budak nie kat mana-mana. Ok, semalam aku dok bersembang dengan ayah aku, bertanyakan kes nie. Since ayah aku tau tentang kes nie dengan terperinci.

 

Ayah aku cakap, 'culik apanya.. lari ikut jantan..' ok fine, dalam hati dok menyumpah.. yang keluar dari mulut aku 'buat penat je update blog minta simpati orang ramai, baru je nak jadi masyarakat prihatin, bedebah punye budak...'

Denggggg... Sumpah, kalau adik aku nie rasanya dah lama kene seligi, dah lama aku luku-luku kepala tu. Mak bapak risau kat rumah, dia boleh je lari macam tu je. Geram sungguh la..

Bila tanya maknya, kata anaknya tak ada 'boyfren'. Ko hagak-hagak la kan, waktu umur ko 15 tahun, ko beritau tak mak ko yang ko ada bf? Ko hagak-hagak la kan, mak ko bagi tak ko bercinta, keluar dating dengan bf ko masa tu? Nak kene bebel 4 hari 4 malam? So, jalan yang terbaik, rahsiakan dari mak. Keluar dating senyap-senyap. Sampai masa jadi macam nie lah. Alasan, tekanan perasaan. Ye, tekanan perasaan yang di buat sendiri. 

Dik oi, PMR pun tak lepas lagi, pakai pad pun senget benget lagi, ada hati nak lari dari rumah dik oiii.. Elok-elok nak rahsiakan dari mak, dah jadi kecoh satu Malaysia. Femes kejap ko dikkk..

p/s : emo sungguh aku.. nauzubillah, minta jauh dari semua nie..

2 comments:

LiErOSe~QiEmi said...

tau takpe.. budak2 akal pendek, camni la.. beso nnt musti dia nyesal dgn perangai tak matang dia ni

...mommy jue... said...

geram kan? susah kan orang je.. susahkan ramai pihak.. nie tak tau la dia balik rumah ke tidak.. silap2 tak pegi skolah langsung lepas nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...