Friday, February 3, 2012

Sewing vs Baking.. buat aku gila!

Assalamualaikum.. Bila usia dah masuk 28 tahun nie, macam-macam la yang berubah. Badan pun makin gemuk. Ku sudah malas mau fikir camne nak kempiskan semua nie. Lantak! Lately, banyak benda yang buat aku jadi 'gila'.. 


Sewing... Pantang nampak kedai kain, gatal je kaki nak masuk, nak beli kain. Belum masuk lagi kedai jahitan.. Ada benang ke, manik, segala bagai peralatan jahit, semangat membuak-buak nak borong umpama jumpa emas. Excited kemain. Hari-hari buka internet, tengok gambar mesin jahit. Bak kata orang, tak dapat mesin jahit, dapat tengok pun jadilah.. Umur dah 28 tahun baru dapat merasa semua nie. Bukan dulu tak ada peluang, cuma mata tak celik lagi untuk ambil peluang belajar. Otak muda, tak fikir panjang. Sekarang, bila daya ingatan pun dah makin merundum, baru la terkedek-kedek nak belajar. 


Baking... Ini satu lagi. Kek coklat moist? kek lemon? pavlova? kuih bakar? macam-macam lah yang bermain dalam kepala otak nie.. Itu nak buat, ini nak buat.. Yang tinggal dalam rumah nie, bertiga je. Mr husband kalau bab coklat, memang tak de la join sangat, setakat rasa jelah.. Nak buat benda manis camnie, tak sesuai lah nak bagi kat mertua. Bertambah sakit diorang kang, aku jugak dipersalahkan. Kek yang kita beli kat kedai, dengan kek yang kita buat sendiri, walaupun tak sesedap mana tapi kepuasan tu tetap ada. Tengok suami dan anak makan, segala penat lelah hilang. 


Ini je lah aktiviti yang boleh aku buat kat rumah selain melayan anak. Tanpa kita sedar, benda minat tu kadang-kadang boleh bertukar jadi punca rezeki. Mana tau lepas nie aku boleh mengajar jahit and at the same time aku juga ambil tempahan kek. Siapa sangka? So, doa-doakan aku ye..


p/s : bagi aku masa 5-6 tahun untuk kaut segala ilmu dan tingkatkan kemahiran dalam diri sebelum aku kongsi dengan korang, korang, dan korang semua... 

1 comment:

fieda said...

hahahah...cayalah jue...terer la tu dua2 bidang jue minat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...