Tuesday, February 28, 2012

Sepetang di KIDZANIA..terima kasih daun keladi

Assalamualaikum.. Orang kata rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Yup, memang rezeki kami anak beranak dapat FREE VOUCHERS ke KIDZANIA. Hasil ehsan dari jiran sebelah rumah yang bekerja di sana. Ops, jiran sebelah rumah kat kuantan ye. Syafiq, terima kasih sangat-sangat. Nanti bagi tiket free pulak ye. 

Amal Khalisah yang teruja dengan gelang barunya. 

Nie namanya boarding pass.. Once dah buat payment kat kaunter, diorang akan bagi boarding pass dengan 'duit'. Duit tiruan ye, bukan betul-betul. But, untuk toddlers memang takkan dapat. Sebab apa? diorang tak guna duit tu pun.

Lepas dapat boarding pass, diorang akan pakaikan kita dengan gelang nie. Nak masuk dan keluar, kene tag

Nie antara tempat yang ada untuk toddlers, tak silap aku dalam bangunan nie cuma ada 2 tempat yang dikhaskan untuk toddlers

Tempat nie banyak mainan untuk budak-budak. Kalau ikut rules, tak boleh ambil gambar kat sini. Masa aku snap nie, diorang tak maklumkan lagi dan aku tengok, takde signage pun

Nie dalam 'bath tab' dalam bath room.. Seronok sangat lah anak dara nie main dalam nie.. heavennn

Bakal masterchef kot.. kikiki

See, seakan dunia ini dia yang punya. Ada kitchen sendiri.

dan ini. satu-satunya benda yang dia takkan jumpa kat KL nie.. Pasir bersih tanpa najis-najis terlarang. Bukan main seronok lagi dok main pasir. 

Kalau bilik cuma sekangkang kera, jangan berangan nak buat playroom sebegini rupa. ok?


Harap maaf, kualiti gambar tak seindah mana, makkk guna tablet je.
tak mampu lagi nak beli dslr... 

Pada aku, tempat nie sesuai untuk budak-budak yang 3 tahun ke atas. Memang diorang akan seronok kat sini. Untuk budak zaman sekarang. Tak macam kita dulu-dulu. Serba canggih, serba mewah. Cuma aku harapkan, anak-anak kita akan datang, takkan tenggelam dalam kemewahan sehingga lupa apa itu susah.

p/s : nantikan part 2 untuk cerita kidzania...

1 comment:

fieda said...

wah mesti seronok kalau bdk2 dtg sini..kat mana ni jue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...