Thursday, February 16, 2012

Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan....

Assalamualaikum

Lumrah manusia
Kalau kita tak kawin, sibuk tanya bila kita nak kawin
Sibuk persoalkan dah tunang ke belum
Dah berpunya atau tidak

Bila dah kawin, baru sebulan langsung perkahwinan
Saki baki inai, ada lagi kat jari
Orang dah sibuk tanya, dah ada isi ke?

Apatah lagi yang dah lama kawin
Soal anak, memang soalan wajib
Siapa yang tak nak anak kan?

Kadang-kadang, hanya kelancangan kita
membuatkan orang lain terguris hati
Even kita yang dah ada anak pun
Orang masih lagi tanya soalan yang sama
Bila nak tambah?

Kalaulah rahim kita nie macam kilang, boleh setting bila nak jadi bila nak keluar
Senang cerita.. Hari nie tekan suis, esok lusa jadi
Setting 9 bulan 10 hari, tup-tup keluar
Rasa nak bsalin tarikh special, tukar je date kat setting
Alangkah bagus kalau semudah itu je nak buat dan tambah anak

But, tak ramai manusia dan aku rasa tak ada manusia kot yang tanya soalan nie
Bila nak mati? tak puas lagi ke hidup kat muka bumi nie? 
matilah cepat, ramai sangat dah manusia kat muka bumi nie
makin lambat mati, makin banyak dosa..
Ada yang berani tanya?

Bila bab nie, pandai kita jawab..
Hanya Allah je yang tau bila ajal kita, bila kita mati..

Sama macam jodoh, sama macam rezeki dan anak
Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan
Jangan kita persoalkan, jangan kita pertikaikan
Bukan kerja kita... 
Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita..

Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya?

2 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

ahakssss

setujulah dengan entry ni

CintaZulaikha said...

sgt setujulah ngn entri nih kak. kekadang naik tensen bila org dok tya bda yg sama. ce tya hal lain. sumer yg ada kat dunia nih ketentuan Allah kan. kita nih merancang ja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...