Wednesday, February 8, 2012

Pavlova pengikat kasih sayang

Assalamualaikum.. Owh, pavlova. Sungguh yummy~~ Alhamdulillah, dessert kami anak beranak malam nie. Dengan kombinasi lembut, melt, sejuk, masam manis, complete.. Sangat sedap. 


Aku tak pernah la makan pavlova sebelum nie. 1st time buat, menjadi la kot. Cuma sedikit kesukaran masa bakar adunan maringue. Nak pastikan masak ke tidak. Apa yang aku pernah baca, pavlova nie cerewet tang bakar. Oven tak boleh nak buka ikut suka.. sensitif pada perubahan suhu.


My first pavlova

Pada pandangan peribadi aku, pavlova nie sedikit manis. Even dah kurangkan sikit kuantiti gula, tapi manisnya masih terasa. Sebab tu memang ngam makan dengan buah-buahan yang masam like strawberry, kiwi, blueberry, nenas kiub, perahan lemon sikit pun sedap. 

Pavlova memang mudah nak buat, ringkas dan mudah jugakla nak dapat sakit kencing manis. Nak hidang untuk warga emas, memang aku tak galakkan. Nak makan selalu pun, kalau boleh elakkan.. Sekali sekala ok la kan...

Ok, kalau ada sesiapa nak cuba, bolehla cuba resepi pavlova nie ye....


4 biji putih telur
1 cawan gula kastor - yang nie aku kurangkan jadi setengah cawan je.. maniss wokkk
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka masakan


**pukul putih telur hingga hampir kembang.
**masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga betul-betul kembang 
(nak tahu meringue menjadi ke tak, telangkupkan bekas. kalau adunan tak jatuh, maka jadilah)
**masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla. kacau sebati.


**sediakan loyang, alas loyang dengan baking paper yang sudah di lorekkan bulatan.
**tuang adunan tadi atas baking paper, mengikut acuan.
**bakar dalam oven pada suhu 150c selama 1 jam (panaskan oven 15 minit awal)
(untuk 15 minit pertama aku guna suhu 150c, lepas tu aku turunkan suhu ke 130c hingga masak)
** make sure jangan buka langsung pintu oven. nanti adunan tu akan jatuh. pavlova nie sensitif dengan perubahan suhu mendadak.
** dah masak, biarkan sejuk dengan sendirinya dalam oven.


Hiasan


Whipping cream
1 sudu kecil gula kastor
buah-buahan segar
(strawberry, kiwi, rasberry, blueberry, apa-apa buah yang masam)
kalau nak ikut tekak melayu, boleh letak nenas, buah mangga, pun sedap juga.


Rasa-rasa tak faham, boleh tengok video nie.


p/s : minggu nie asyik makan benda manis je.. hadoi.. harus diet macam nie...

1 comment:

CintaZulaikha said...

nak makan manis2 sgt nih mmglah tak gemar...tp nak tgk gak resepinya..hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...