Thursday, February 9, 2012

Lilin dan lampu minyak tanah

Assalamualaikum.. Aku takut gelap. Sampai sekarang pun aku mesti nak buka banyak lampu kat rumah. Torch light, aku rasa salah satu benda wajib ada dalam beg aku. Asal gelap sikit aku rasa lemas, rasa rimas. Memang sukar dibendung.


Kalau kat kampung, masa duduk dengan arwah atuk dan nenek. Saat-saat blackout la yang paling best. Ops, aku tak suka kalau time ribut petir dan blackout. Sumpah, aku takut. Lagi-lagi duduk kampung, dan peristiwa kilat masuk dalam rumah dan kami anak beranak nampak sendiri iblis laknatullah atas meja makan, lagi menambah ketakutan dalam diri. 


Berbalik pada kisah lampu minyak tanah, yes. Inilah lampu peneman kami masa kegelapan. Selain dari lilin. Tin biskut, memang tersedia untuk letak lilin. Dengan suasana sunyi sepi, kadang-kadang je dengar bunyi motor, bunyi nyamuk cari mangsa, dengan cuaca yang dingin, memang menenangkan minda. Zaman aku kecik-kecik dulu, mana ada handfon canggih-canggih, boleh dengar radio, boleh online bagai. Hanya telefon rumah je lah yang ada pun. 


sumber : google
Tenang, itu yang pasti. Minda kosong, tak kusut. Duduk bawah ketiak nenek. Of kos, pukul 9.30pm masing-masing dah tarik selimut, lena di buai mimpi. Indahnya saat itu. Semua tu kenangan. Kenangan yang memang takkan aku dapat rasa sekarang. Even Amal Khalisah pun tak rasa kot.


Bila kita hidup dalam zaman yang serba moden, serba canggih sampaikan kita lupa nikmati alam ciptaan Yang Maha Esa. Aku rindu saat itu, zaman hidup kita seadanya. Sangat-sangat rindu. 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...