Wednesday, February 29, 2012

Lagi kes taska.. mana nilai kemanusiaan?

Assalamualaikum. Aku rasa semua orang ada facebook kan? Dan rata-rata dah tengok video pasal kes penderaan yang berlaku di salah sebuah taska di Johor. Bukan kes pukul memukul, but budak-budak tu di bedung, even umur dah setahun lebih. Yang mana hisap puting, puting masih di mulut, di selotepnya mulut dgn puting tu. Shit kan?


Ada sesetengah pihak kata, ada unsur sabotaj. Salah seorang bekas pekerja yang ada masalah disiplin, buat semua tu. Kononnya nak tunjuk rasa tak puas hati dengan majikan. Yes, kes balas dendam la agaknya. BUT, this is not the right way. Kalau hati ko kejam nauzubillah pun, jangan libatkan orang lain demi kepentingan hawa nafsu hasutan syaitan itu.


Kalau ye pun nak sabotaj, ini bukan caranya. Pancitkan tayar ke, kasi calar kereta tuan tanah ke, paling-paling kejam kalau dendam membara, simbah je lah cat kat taska tu. Senang kan?


Cuma satu yang aku rasa terkilan dengan taska. Tak kisahla mana-mana taska sekalipun. Aku nie anak sorang pun, bagai naik hantu nak handle anak. Lagi-lagi tengah lasak. Lagilah aku nie, seorang ibu. Kebanyakan yang jadi pekerja kat taska, rata-rata masih muda dan BUJANG. Tak ada pengalaman mengandung, takde pengalaman sakit bersalin, so mana letaknya naluri keibuan diorang? Kasih sayang? Hmmm..


p/s : aku lega sebab dapat jaga anak sendiri.. menyinga aku pun, dengan anak je..





1 comment:

fieda said...

ada jgk tgk semalam kt youtube..sakitnya ati..budak2 tu jadi mangsa..kuang ajor betul..kesian kt mak bapak yg pagi2 sepenuh hati tinggalkan anak bwh jagaan mereka..nasib baik la kita jaga sendiri anak2 kan jue...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...