Thursday, February 16, 2012

Daftar haji.... 2046

Assalamualaikum... Ya Allah, tak tau macamana nak gambar kan perasaan gembira. Walaupun sekadar mendaftar dan kalau ikutkan giliran lambat lagi, tapi rasa semangat tu berkobar-kobar. Ya Allah, lambaian kaabah dan kota suci mekah terbayang depan mata. 

Dalam masa yang sama, perasaan sedih, hiba semua ada bila mengenangkan diri ini tidak dapat turut serta dengan mama, papa dan adik-adik untuk menunaikan umrah bulan depan. Memang bukan rezeki aku dan aku pasti ada hikmah di sebaliknya. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. 



Aku dan suami daftar haji guna slip kwsp. Senang je, print statement kwsp, bawa buku tabung haji, dah boleh berdaftar kat mana-mana cawangan tabung haji. Kalau ada simpanan dalam akaun tabung haji melebihi dari RM1000 juga dah boleh daftar. 

Kalau ikut giliran, tahun 2046 baru pergi. Memang ada banyak masa untuk kumpul duit. Tapi sekiranya duit dah cukup, boleh je nak pergi awal. So, lepas nie kene ikat perut demi memenuhi segala impian. Mudah-mudahan apa yang kita harap dan impikan akan tercapai.. aminnn..

wp_janubaba_kaaba_2006262118324pda9q
tengok gambar je dah buat aku sebak.....

p/s : lupa nak daftar untuk anak sekali.. desyuuummmmm...




1 comment:

zura_habib said...

aku xdaftar lg...duit xcukup dlm TH...tp hubby n Habib dh cukup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...