Tuesday, February 7, 2012

Alah bisa tegal biasa...jangan cepat putus asa

Assalamualaikum... Owh, hari nie cuti lagi rupanya. Hajat hati nak guling-guling sampai tengahari tak kesampaian. Awal pagi lagi mata dah tercelik. Haishh. Alhamdulillah, syukur. Aku masih lagi di beri kesempatan oleh Allah swt untuk menikmati keindahan bumi ciptaanNya. Cuaca pun indah pagi nie. 


Sabtu dan Ahad baru nie, aku tak ke mana pun. Kelas pun tak pergi. Since Amal Khalisah demam, susah hati jadinya. Sepanjang masa habiskan jaga Amal Khalisah. Alhamdulillah, semalam Amal Khalisah dah pun sihat. Kembali ceria macam biasa dan semalam juga aku ada kelas ganti. Dapatla siapkan baju kurung pesak gantung yang tergendala beberapa hari. 


Pertama kali buat, memang la susah dan sedikit sukar terutama masa nak cantumkan pesak atas dan bawah. Owh, itu satu cabaran!! Rasanya kalau dah biasa dengan mesin jahit, dah biasa jahit baju nie, insyaAllah cantik kot.. Macam biasa, kalau ada baju aku, mesti akan ada baju untuk Amal Khalisah. Kain 4 meter, cukupla buat baju kami 2 beranak. Ops, baju je.. Kain terpaksa beli lain. Boria Kajang kami 2 beranak. Hehe..


p/s : dalam apa pun kerja yang kita buat, jangan pernah putus asa. Jangan pernah patah semangat. Tanpa kegagalan takkan ada kejayaan.... Chaiyookkkkk..



1 comment:

~CiK TiNieY~ said...

Best betul Amal Khalisa selalu dapat baju baru..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...