Thursday, February 23, 2012

Ada sebab kenapa jadi macam nie..

Assalamualaikum.. Bila fikir balik, mesti ada sebab kenapa aku tak kurus-kurus. Buatla macamana pun, diet la macamana pun, telan la segala tok nenek ubat ke, teh ke, apa bagai, turun la juga tapi tetap susah nak dapat berat yang ideal. Hmm.. Kecewa.


Orang kata kalau bersalin operate, badan memang susah nak turun. Kalau dapat turun pun memang takkan banyaklah dan peratusan badan naik mengembang dengan jayanya tu memang lah tinggi. Tang perut, toksah kate.. Macam mengadung je. Waaaa....


Dari sudut negative pada aku lah, bila badan naik nie, serba serbi tak kene. Sakit sana sini, lenguh sana sini. Nak buat apa pun kadang-kadang tak daya. Susah rupanya bila badan berat nie. Keyakinan diri merundum, macam-macamlah.. Bab nak beli baju memang susah nak cari saiz yang sesuai.. Hmmppffff...


BUT, dari sudut positivenya... Yes, perasaan malu pada masyarakat sekeliling, perasaan segan pada orang yang memandang, buat aku lebih peka dalam memilih pakaian. Terasa nak pakai jubah sentiasa. Yup, mungkin ini permulaan untuk aku berhijrah ke arah lebih baik. Dari sakit kepala fikirkan soal saiz baju, soal jeans yang tak berapa nak muat, perut nak kene cover, lemak yang bertingkat-tingkat, baik pakai jubah. All in one. Dapat cover semua benda dan sekaligus menutup aurat. 


Nahhhh, baru sekarang ko nak sedar jahhh???? Sob... Perancangan Allah tu indah. Cuma kadang-kadang kita buta hati tak nampak semua tu.. 


Nahhh,  menusuk kalbu.. Dulu aku macam nie lah, sekarang pun sama.

InsyaAllah.... Doakan aku ke arah ini.

p/s : Aku kagum dengan irma hasmie. Sejak dia bertudung, sejak dia dalam tv alhijrah, ada ketenangan di wajahnya. Walaupun bertudung litup tetap terserlah keayuannya.....


1 comment:

Tina Othman said...

insyaallah, moga kita akan jadi lebih baik lepas ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...