Monday, January 16, 2012

Budu.. pilihan hati

Assalamualaikum. Burp, alhamdulillah. Kenyang perut muncit ahkak. Hehe. Hari nie menu sangat simple, menu orang malas. Singgang ikan, sayur sawi tumis air, budu+asam limau. Memang selera lah! Rosak binasa diet ahkak. Gagaga..


Budu dengan singgang, memang kombinasi yang terbaik.. Makan tak toleh kiri kanan dah. 
Aku makan budu since kecik lagi, arwah atuk ngan nenek dah lama duduk pantai timur. Memang tak lengkap rumah tanpa budu. Paling tidak, sebotol harus ada. Since aku kawin dengan orang KL nie, memang hampa lah! Tak de 'gu' nak makan budu. Terbalik dengan aku, kicap adalah wajib bagi suami. Aku pun makan juga tapi nak compare, budu tiada tandingan.


Memang banyak jenis budu ada kat pasaran tapi rasa memang berbeza. Aku pernah cuba banyak jenama, menghampakan. Takde selera nak teruskan makan. So, pilihan hati aku sejak turun temurun :


budu cap ketereh

budu cap limau.. 

Macam-macam cara boleh korang cuba..
  • budu + bawang merah + cili potong + perahan limau kasturi = memang terangkat
  • budu + bawang merah + cili potong + perahan limau kasturi + telur rebus = fav arwah atok aku
ada juga yang masukkan durian dalam budu. Ikut citarasa masing-masing. Makan dengan ikan bakar, ulam-ulaman kampung, cukup dah untuk buat kita kenyang sampai ke petang. Pada yang tak pernah cuba, baik cuba. Sedap!! Ops, budu tak elok untuk orang resdung, takut memudaratkan lagi sinus tu. Tapi aku?? belasah je.... gagaga...

p/s : budu banyak khasiat dan juga untuk awet muda.. tak caya? baca KOSMO

2 comments:

fieda said...

uii..mmg peberet ni..makan tradisi org beloh kita kan..

IeYza AzmIEy said...

makan budu bersama ikan bakar adalah perkara paling heaven dalam hidup! hahaha terbaek oke.letak cili api, sape yg suka leh letak mangga... waaaaa mabeles. rindunya nak makan budu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...