Thursday, December 29, 2011

Rambut pendek? I loike

Assalamualaikum.. Aku rimas bila nak tidur, mesti dia garu-garu kepala, garu sana, garu sini. Selalu time dia menggaru, aku dah start bising. 'Masa main, masa tengok tv takde pulak nak tergaru sana sini, bila nak tidur je semua tempat nak garu!'. Gagaga, aku dah start bebel. Geram dengan anak dara sorang nie.


Rambut yang di potong oleh tukang gunting yang tak de tauliah langsung. aku le tewwww!

Esoknya tekad capai sikat dan gunting, aku gunting rambut belakang anak dara nie. Kasi pendek, senang nak urus dan no more garu-garu lagi. Since Amal Khalisah ada ekzema, aku amat risau kalau-kalau ekzema datang bertenggek atas kulit kepala, azab!! 

Rambut dah pendek, hati ku riang lagi senang, rambut tak kusut masai umpama lion king baru bangkit tidur dan dia semakin comel! Hakhakhak...

Mr husband? Pasrah jelah tengok anak rambut pendek camnie. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...