Tuesday, December 13, 2011

Kereta oh kereta...fikir panjang sebelum beli

Assalamualaikum.. Harinie aku nak bagi tips nak beli kereta dari sudut pandang aku lah..
  • beli ikut kemampuan, bukan ikut trend.
  • kaji kos baik pulih, kos insuran dan roadtax, spare part, maintenance segala bagai.
  • beli kereta tempatan sebab spare part murah dan mudah nak dapat.
Ada kereta memang seronok, memang memudahkan tapi tang poket memang sakit sikitlah. Kalau gaji yang memang jenis makan tak habis, itu belakang cerita, memang tahap lebih dari mampu. Kalau cam aku nie yang single income, mengharapkan duit suami semata, memang sakit tang poket. Walaupun pakai kereta tempatan, tapi sakit nak jaga 2 kereta.
Fikir nak servis, tukar tayar, tukar itu ini. Semuanya duit. Bayar bulan-bulan tu memang haruslah, kalau tak kereta kene tarik.

Tengah-tengah sengkek macam nie, kereta buat hal, brake problem, memang sampai masa nak kene ganti. Tengah-tengah bawa, bunyi bising sangat masa brake, sedar-sedar dah berasap. Laki bini termenung jap, duit lagi. Nasib baik ada kereta spare, boleh bawa ke hulur ke hilir. Nawaitu nak balik kampung ke, nak travel jauh memang terpaksa pendamkan sementara. Yang nie nak tukar tayar, nak nie nak servis brake. 

Pada yang ada hajat nak beli kereta tu, fikirlah banyak kali. Kaji segala macam kos. Jangan ikut nafsu serakah semata. Biar apa orang nak kata, biar kereta kita biasa-biasa je janji kita mampu nak tanggung segala kos 'perubatan'. Ukur baju di badan sendiri.. Bukan ikut saiz orang lain. Faham?

p/s : teringat kata-kata bekas rakan sekerja.. 'kereta lama-lama jadi besi buruk juga juliea'

3 comments:

hyazz said...

pening bile nak renew rodtax...hehee

Wanita Bertudung Hijau said...

setuju dgn entry ni, ramai yg lupa pasal kos road tax sebenarnya :-)

kaklong said...

setuju 100%..
sbb tu masih pakai kereta lama,biarlah apa org nak kata,janji anak2 dapat makan dan pakaian degan sempurna...nak menunjuk nujuk pun tak guna!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...