Thursday, December 22, 2011

Jangan pakai hp mahal-mahal...bahaya

Assalamualaikum. Ada anak kecik, jangan nak berangan pakai hp canggih-canggih, melainkan korang nie jenis letak hp dalam handbeg. Aku hp memang letak merata. Mana aku pegi, situlah aku letak hp. Senang, tak payah nak terkejar sana-sini.


Nahh, tengok apa dah jadi..

Serius, hp nokia memang lasak dan memang jadi pilihan aku. Nie hp subsidi, mak aku bagi masa hp aku yang sebelum nie rosak. Anak aku nie, kalau dapat cakap dengan hp, memang suka sangat, especially kalau dapat cakap dgn mak aku (nenek dia la). Kene marah, amik hp nak mengadu dgn nenek.

Kalau aku marah, bgtau nak mengadu dengan daddy, sah-sah dia merajuk dan sedar-sedar hp aku dah hilang dia sorok. Aku takde kisah nak cari sebab aku tau, nanti dia akan bagi balik.
Macam semalam, dia sorok hp, lepas minum susu, terus tidur. Puas aku cari mana dia letak hp. Sampai tahap aku putus asa, tunggu jelah dia bangun tidur nanti, mesti dia bagi.

Masa aku syok layan tv, dia bangun bagi aku hp..'Acehhh' read : terima kasih.. Dengan muka tak bersalah, bagi hp kat aku. Mana dia sorok pun aku tak tau. Anakkk oh anakkk.. Kenapa hp aku jadi macam nie? Kene ikat getah bagai?

Aku tak tau apa yang tak kene dan aku tau anak aku tak sengaja terbaling hp nie. Sudahnya, charge kejap bateri dah full. Aku cabut charger, hp off. Bila ada call in, aku tak leh angkat, semua keypad hang. Speaker pun sama, pecah-pecah je. Seharian aku fikir camne nak selesaikan masalah, seharian juga aku cari getah dalam rumah nie. Biasala, bila time nak memang tak jumpa....

Tak sangka, di saat-saat getir tadi, bila aku ikat dengan getah, boleh pulak guna. Harapnya tak lama la jadi camnie, takkan la hp aku nak bergantung pada getah..

Hp baru? No, no, no.. selagi boleh guna aku guna.. Kalau rosak, cari je aku kat fb.. senang.

p/s : kalau selotep pun ok gak kan??

5 comments:

Ummi Alesya Sofea said...

hehe,budak2 mmg suka sgt ler dgn fon..yg liza punyer ni x tau ler brp kli kne baling ngn Alesya tp alhamdulilah takat ni xde rosak lg..takat calar cket2 tu ade ler.

...mommy jue... said...

hehe, kalau hp mahal dia baling, memang nangis dahh... nie pun kalau bagi dia main tablet, mmg kene ddk sebelah, kalau tak kene gaya, dia nak baling.....

Atie iskandar said...

haha.. comel la ank akk.. cerdik betol.. tapi budak2 zmn skang mmg ske pgg hp la kak.. pantg hp letak sepah2, hlg je tau la sape ambik..

Onitsuka_hana said...

hana pakai la hanset apa pn janji cantik..hehe

ikki said...

http://inurjannah.blogspot.com/2011/12/year-end-give-away.html

saya dah tukar link :D harap awak tak keberatan :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...