Thursday, December 1, 2011

Jahat kau nyamuk.... Tiada aedes, tiada denggi

Assalamualaikum.. Aku paling geram dengan nyamuk. Sumpah! Pantang nampak nyamuk terbang, mesti aku cari sampai dapat. Habis lumat aku kerjakan. Aku memang sensitif bab-bab nyamuk nie, sebabnya kalau kene gigit, memang tinggal kesan. Nasib dah kawin, kalau tak kurang duit hantaran.. ngeh, ngeh!


Area apartment aku nie, memang boleh di katakan setiap minggu ada je Jabatan kesihatan datang sembur asap. Sekadar memabukkan nyamuk sampai pengsan, itu sahaja. Pada aku, semua nie atas kesedaran kita. Sejauh mana kita peka terhadap persekitaran. Jangan harapkan orang lain buat untuk kita.  Kadang-kadang di sebabkan sikap acuh tak acuh kita menyebabkan orang lain jadi mangsa..


petua hapuskan jentik nyamuk
sumber : google

ini lah rupa makhluk yang suka hisap darah orang..

Aku rasa masing-masing dah pernah belajar kitaran nie kan? Jangan sampai dah jadi nyamuk, baru kita sibuk nak bertepuk tampar. Letak pokok halau nyamuk segala bagai. Cegah dari awal kan bagus, kalau sakit siapa susah?



Peace yaw!!!


p/s : sharing is caring.....

1 comment:

CintaZulaikha said...

info yg sgt berguna...i likee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...