Tuesday, November 29, 2011

Se'simple' simply siti

Assalamualaikum. Al-kisah, baru-baru nie jalan-jalan kat Jusco, nawaitu nak beli compact powder dah lama membara dalam diri. Sejak kahwin nie, aku rasa baru sekali beli bedak muka. Sah-sah harus beli yang baru memandangkan yang sedia ada, dah selamat masuk tong sampah. Si anak dara pecahkan. Habis berkecai. 


Kebetulan ada sale kat counter simply siti. 2 way cake foundation ada less 50% kalau kita beli mana-mana barang simply siti bernilai RM13 ke atas. Mata dah terpandang pada pencuci muka, muka pun dah berkarat minta di tonyoh, ada discount 15% lagi. dan hati bertambah-tambah gembira bila keinginan nak menjaga muka dipersetujui. So, aku dapat bedak tu separuh harga.. dan ada discount lagi untuk pencuci muka.


ginilah rupanya

So far pakai pencuci muka dan bedak nie, Alhamdulillah takde lagi alahan atau naik jerawat. Cuma tang bedak yang aku tak beberapa berkenan sangat, agak berdebu. Untuk orang yang kulit kering, mmg tak beberapa sesuai.. Pada awal pakai mungkin nampak tak ok tapi bila dah lama pakai, bedak pun dah serasi dengan kulit, memang cantik sangat. Lembut dan sangat selesa. Ala-ala kulit baby gitu.

p/s : mood nak melawa datang semula.. untuk suami jugekkk

2 comments:

CintaZulaikha said...

hahaha...semanis ct tak jadinyaaa...

ZYASH said...

Kalau hasil dia menarik, rojer2 la yer.. Mahal la nak beli simply siti ne. Tapi kalau ok, xpe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...