Friday, November 18, 2011

Ombak rindu.. sediakan kain tuala

Assalamualaikum


Ombak Rindu & Cinta tiada akhirnya.. 2 novel yang berjaya  buat aku nangis tersedu sedan. 
Cinta..tiada akhirnya, sambungan dari novel Ombak Rindu. Okeyh, aku sangat suka novel nie. Bila dengar akan ada filem, lagi la gumbira hati. Baca novel boleh nangis, apatah lagi bila dah jadi filem nie. Sah-sah berjujuran air mata dalam panggung wayang. Keluar panggung mata merah, hidung berhingus. Kalau yang pergi dengan boyfriend, feeling-feeling muka minta di pujuk, minta di tenangkan perasaan dalam diri. Hak dah kawin, pandai-pandai la pujuk diri sendiri.

Ok, aku tak sabar nak tengok. Takmo bawa masuk popcorn, takut kembang kene air mata. Takmo bawa tisu sekotak, nanti sepah jadi sampah. Bawa tuala sehelai, boleh kesat air mata dan hingus sampai kering. Mr husband, bawa anak tengok Happy Feet 2.. Aku nak feeling sorang-sorang. sekian


p/s : kalau ada kat Astro First lagi bagus, boleh nangis sesuka hati.

1 comment:

oshin-jamel said...

cerita nie ade sambungan yer?!novel cinta yer?xtao la plak oshin..kne pg cr novel nie..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...