Wednesday, November 16, 2011

Hati-hati mengupload gambar di facebook

Assalamualaikum. Aku tak tau kenapa sejak akhir-akhir nie banyak sangat gambar yang tak berapa sesuai mata memandang terpampang kat blog dan facebook terutamanya. Please kaum hawa, jangan la upload gambar yang menampakkan semua susuk tubuh, lurah dendam segala bagai. Mungkin ada diantara kita bangga, ada aset yang cantik dan mantap tapi dalam masa yang sama, sedarkah kita bahawa kita sedang dieksploitasi oleh sesetengah pihak?

Manusia, rambut hitam hati lain-lain. Ada yang suka dan ada yang bencikan kita. Aku rasa dah banyak isu santau lah, terkena buatan orang la, semuanya bermula dari facebook, gambar-gambar yang kita upload untuk tatapan masyarakat. Macam hari nie, kat facebook, kecoh bila ada gambar-gambar lucah terpampang kat wall. Ada hamba Allah yang senang lenang, upload gambar gadis-gadis suci nie untuk tatapan masyarakat dalam erti kata lain mengaibkan mereka. Yup, benda nie buat aku betul-betul terkejut dan sangat takut.

Aku harap, lepas nie takde dah kes-kes macam nie. Please, jangan upload gambar bukan-bukan. Mungkin pada kita, kita bangga dengan apa yang Allah kurniakan sampai sanggup kongsi  untuk tatapan ramai tapi dalam masa yang sama kita sedang mengaibkan diri sendiri. Sedarlah sebelum terlambat. Jangan taksub sangat nak upload gambar bukan-bukan. Orang nak jatuhkan kita bila-bila masa je.

p/s : peringatan untuk diri sendiri juga. 

2 comments:

Hasnah said...

note to my self too :)

nak lagi selamat takyah letak gambar pun takpe senarnye.
moga2 Allah lindung aib kita.

fieda said...

makin hari makin seram dgn fb ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...