Tuesday, November 22, 2011

Good Job Harimau Muda...Tahniah

Assalamualaikum. Semalam aku layan bola, ok. Sila percaya. Aku bukan kaki bola. Bila mana game yang melibatkan Malaysia, aku jadi semangat. Game malam tadi, aku tengok dengan anak je. Suami rehat, penat kerja, aku pun tak nak tambah stress dia. 


Sumpah! Aku rasa takut tengok bola, gelisah, resah segala bagai. Tengok bola serupa macam tengok cerita hantu dan game semalam dekat 2 jam, yes serupa macam tengok wayang. Apa yang aku bangga, bila Malaysia menang, ada segelintir penduduk kat apartment nie dengan bangganya nyanyi lagu Negaraku kat balkoni rumah. Aku nangis, yang nie pun harus percaya.


Hanya bola yang boleh menyatukan semua pihak tanpa sengketa. Politik? Suck! Manusia boleh jadi musuh bila tak bersefahaman. Itu aku tak suka.


ok, tahniah pada Harimau Muda. Gudjob u ollss..


p/s : pasnie nak dengar kot radio je, takmo tengok kat tv. serammm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...