Sunday, November 13, 2011

Alamak! Toyol... terima kasih nuffnang


Assalamualaikum

Hahaha, saki baki gelak masa tengok wayang tadi masih ada. Sejak beranak, aku memang tak tengok wayang dah. Yelah, anak kecik takkan nak heret masuk wayang. Since anak dah nak masuk 2 tahun dan dia boleh la behave sikit, dapatla melepaskan hasrat tengok wayang.  Kebetulan pula dapat pas masuk percuma dari nuffnang, lagi lah panjang langkah kami anak beranak nak berhibur.

Serius lawak. Dari awal sampai akhir, dari penuh bekas pop corn sampai kosong, aku tak rehat-rehat dari gelak. Rahang naik cramp! Berdekah-dekah dalam panggung wayang orang dok gelak. Tak sia-sia pilih cerita nie. Memang syok, tambah-tambah tiket free dan cuma tambah RM5.00 untuk upgrade seat.

p/s : anak pun dah pandai melayan wayang, bolehla bawa dia tengok happy feet 2 plak!


2 comments:

fieda said...

jue dapat tiket besday ker dr nuffnang..??

...mommy jue... said...

a'ah fida.. nuffnang bagi 4 pas masuk pcuma...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...