Monday, October 31, 2011

Masalah susu muncul kembali...maafkan mommy nakkk

Assalamualaikum. Baru tadi aku cerita pasal susu untuk anak. Malam tadi start bagi dia susu formula dutch lady 123 perisa honey. Saje nak cuba susu tepung, mana tau budak nie boleh terima since dia minum susu kotak dutch lady jugak kan. 


Alhamdulillah malam tadi habis sebotol. Pagi nie buat lagi, habis setengah botol. Tak sampai 5 minit, nampak dia resah gelisah. Ada yang tak kene. Tangan tak henti menggaru dan dia start merengek. Rupanya badan naik gatal-gatal dan bengkak. Ya Allah, mungkin susu nie tak sesuai dengan dia.


Aku pernah bagi dumex tapi takde gatal-gatal cuma cirit birit je, itu pun di kira alahan pada susu. Sekarang, tekad untuk stick pada susu kotak since takde apa-apa alahan pada dia. Bila anak ada ekzema nie, memang susah. Tak semua susu sesuai dengan dia, kene try and error. 


Bila jadi macam nie, takde lain bermain dalam otak. SUSU IBU JUGALAH YANG TERBAIK ! Kalau ada peluang susukan anak, please susukan sendiri. Susu kurang ke, payah nak perah semua tu bergantung pada usaha kita sendiri, rezeki Allah bagi untuk anak insyaAllah mencukupi. 


p/s : dalam keadaan camnie, anak yang jadi mangsa. Kita dok pening fikir susu untuk dia.

2 comments:

fieda said...

ala..siannya kt anak jue..camner tu...:) dia mkn nasi tak..?sian dia lapor nanti..

Ulam Kerdas said...

nape x bg NAN HA 2? cian anak ko...moga cepat sembuh ye Amal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...