Friday, October 14, 2011

Hipotiroidisme Kongenital di kalangan bayi baru lahir

Assalamualaikum.. Hipotiroidisme Kongenital. Jarang kita dengar dan mungkin antara kita tidak tahu akan kewujudannya. Aku ingin berkongsi sedikit info untuk rujukan kita semua. 






Apa itu Hipotiroidisme Konginental?
  • Hipotirodisme - satu keadaan di mana badan ketiadaan atau kekurangan hormon tiroxin (di hasilkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher). Jika keadaan ini berlaku pada bayi baru lahir, ia di panggil Hipotiroidisme Konginental.
  • Kadar prevalens Hipotiroidisme Kongenital di kalangan bayi yang baru lahir adalah 1:337 @ 120 orang bayi yang dilahirkan mempunyai Hipotiroidisme Kongenital setiap tahun (Kajian di Malaysia)
Penyebab Hipotiroidisme Konginental?
  • Pembentukan kelenjar tiroid tidak normal semasa bayi dalam kandungan dan bayi akan mengalami : Ketiadaan kelenjar tiroid, ada sebahagian sahaja kelenjar tiroid, kelenjar tiroid berada di luar kedudukan normal, ada kelenjar tiroid tapi tidak berfungsi. 
Tanda-tanda Hipotiroidisme Kongenital ?
  • Tanda-tanda awal mungkin dapat membantu mengesan Hipotiroidisme Konginental : Uluran di pusat bayi, sembelit, kesukaran menyusu, tidak aktif dan banyak tidur, jaundice neonatal yang berpanjangan.
Tanda-tanda lain yang dapat dikesan semasa bayi berumur lebih kurang 3-6 bulan adalah seperti:
  • Raut muka yang kasar (coarse facies)
  • Suara tangisan yang garau (hoarse cry)
  • Perut yang buncit
  • Kulit kering, kasar dan pucat
  • Lidah yang besar (macroglossia)
  • Rambut kering
  •  Lambat bertindak balas (slow responses)
  • Perkembangan dan tumbesaran terbantut
  • Terencat akal
Apakah Ujian Untuk Mengesan Hipotiroidisme Kongenital?
  • Ujian darah (sampel darah diambil dari tali pusat bayi dalam tempoh setengah jam selepas kelahiran)
Apakah Rawatan Bagi Hipotiroidisme Kongenital?
  • SECEPAT MUNGKIN bagi mengelakkan kerencatan otak dan kelewatan perkembangan.
  • Ubat L-Thyroxine dalam bentuk pil (diambil seumur hidup) sebagai  gantian kepada hormon tiroxin yang tidak dapat dihasilkan oleh kelenjar tiroid.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...