Tuesday, October 11, 2011

Dah besar anak dara nie

Assalamualaikum.. Umur Amal Khalisah dah 20 bulan. Jalan dah laju, dah pandai nak gaduh dengan aku. Mesti ada je benda dia nak membuli, ada masa aku ada juga marah dia. Ada masa dia takut dan ada masa dia gelak-gelak. Bab mengemas, memang meletihkan. Aku kemas dia sepahkan, aku ajar dia simpan ok dia simpan jap lagi dia lembang semula. Tempat paling suka dia main, dapur. Buka kabinet, bawa keluar segala macam harta karun - rempah ratus, tepung, pinggan plastik ikea hak warna-warni tu, cawan dan mangkuk plastik, ikea jugak. Aku penat nak bising, biarkan je. Sampai masa dia kemas balik.


Nak main ikut mood dia, DVD Barney, Aliff Iqra memang akan sentiasa terpasang. Duduk dalam playroom, main sorang-sorang. Kalau mood dia nak membaca, seharian tu dengan buku je, tak kisah mainan lain. Alhamdulillah, seronok tengok anak membesar depan mata. Dia lah peneman aku hari-hari. 24 jam dok mengadap muka aku je sampai tahap tidur pun nak laga-laga hidung, nak peluk-peluk. 


susah sangat nak ikat rambut budak nie

seronok tengok dia pandai main semua nie

rambut sikit, toncet pun ciput je

p/s : semoga membesar jadi anak yang baik dan solehah ye nakkkk




2 comments:

Fitri Senin said...

Ummm comel kn budak2 baya ni

fieda said...

ala tomeynya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...