Saturday, October 8, 2011

Bila anak tak nak minum susu.. aku runsing

Assalamualaikum. Sedia maklum, Amal Khalisah dah berhenti menyusu badan sejak aku kemo bulan 8 haritu. Selama nie dia hanya bergantung pada susu badan semata, memang tak minum susu formula nie. Sejak berhenti susu badan, untuk beberapa ketika, ada la jugak Amal Khalisah minum susu formula, sama ada tepung ataupun susu kotak. Bukan mudah nak sesuaikan dia dengan benda baru.
Sekarang nie, yang menjadi masalah pada aku, yang merunsingkan aku bila dia langsung tak nak minum susu even susu kotak sekalipun. FYI, Amal Khalisah baru setahun 8 bulan, belum cecah 2 tahun lagi. Sedangkan saat-saat ini, dia memang memerlukan susu untuk pertumbuhan tulang, gigi dan juga otak dia. Sedih memang sedih. Aku sebagai ibu, ada kala termenung jauh memikirkan apa yang patut aku buat untuk dia minat minum susu kembali.


Ikutkan rasa, nak je cari ubat untuk kembalikan susu badan yang dah kering tapi aku tau dia takkan minum lagi. Alahai nakk, susah hati mommy nie. Kesian dia. Milo, horlick, sirap bandung, memang dia tak kan minum banyak. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...