Friday, October 28, 2011

Al-kisah satay station ampang..Selamat hari lahir!

Assalamualaikum. Public holiday baru nie kami anak beranak dan my family in law celebrate birthday my husband, ayah (sil's father) dan ende yok (makcik my husband) kat Satay Station Ampang. Ruang makan yang cukup luas, banyak meja, tempat yang selesa dan sambil makan pengunjung di sajikan dengan kumpulan ghazal. Macam kenduri kawin pulak rasanya. Pada aku, rasa satay lain dari yang lain, tak sama macam satay kajang dan harga memang jauh berbeza. Secucuk RM1.00. Tapi sangat puas hati.

RM1.00 secucuk dengan saiz yang sebegini besar dan rempah secukup rasa, memang berbaloi

Mee Rebus RM5.00
Kuah yang pada aku agak manis, memang nyata manis gula,
bukan manis udang kering atau keledek. Sedikit muak di situ.
Pada yang nak kelainan rasa satay, boleh ke satay station. Mana tau sekali sekala nak ubah selera kan. Cuma satu kat sini, menu terhad. Memang tumpuan hanya pada satay sahaja. Selain dari mee rebus, ada juga nasi putih + sup urat + telur dadar, sangat sesuai makan time  musim hujan. Ops, thanks to my sister in law, hadiahkan tali leher yang cantik untuk my husband dan cupcakes yang yummy!

p/s : 2-3 hari tak jenguk blog, terus buat entry pasal makan. muahahaha.... sila jamu mata korang yek.








1 comment:

fieda said...

buat perut lapor la tgk entry jue ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...