Sunday, October 9, 2011

Al-Kisah London Weight Management...Jangan terpedaya

Assalamualaikum. Hari tu aku ada beli trial voucher LWM just RM10 untuk 3 jam. 1 jam consultation dan lagi 2 jam untuk treatment. 1 jam pertama tu, memang seboleh diorang akan hasut ko untuk amik pakej. Setelah diorang kaji badan korang dalam keadaan separuh bogel, mengkaji segala selulit yang ada, lepas dari tu macam-macam la teori yang akan terpacul dari mulut diorang. Gemuk air, gemuk lemak, kadar metabolisma rendah dan segala bagailah. Jenis rawatan apa yang sesuai dan apa yang akan diorang bagi untuk korang.


Masa nie, kalau korang memang jenis banyak duit dan tak tau nak perabih ke mana memang ini la tempat yang sesuai. Untuk orang yang so-so je macam aku nie, baik tabahkan hati, cekalkan semangat agar tak termakan dengan kata-kata manis consultant nie. Kali pertama memang ada sedikit goyah, tapi lama-lama kene cekal agar tak terpedaya dengan pujuk rayu. 


sumber : google

Pakej yang diorang tawarkan pada aku:
30 sesi x RM1010/sesi = RM 30,300 (ok-nie jenis ala-carte) hok jenis yang banyak duit bolehla amik pakej nie
30 sesi X RM 530/sesi = RM 15,900 (hak nie pulak kalau ko nak pakai kredit kad, bayar cuma RM450 je setiap sesi. murah katanya tapi pada aku, tak berbaloi jugak. kalau cash, hanya boleh 3 kali bayar je. Korang kira la sendiri.
Kalau berminat, kene bayar RM500 untuk jadi member.


Sumpah aku tak berminat, aku datang sekadar nak cuba pakej trial. At least dapat rasa la camne treatment LWM-Sauna-massage-body scrub-hot blanket RM10, berbaloilah untuk aku. Result? Turun sekilo je. 


Satu yang aku nak nasihatkan korang, datang sini jangan bawa duit.. Kalau nak bawa pun RM10 je.. Jangan gatal mulut mengaku korang ada kredit kad, semua tu sila simpan kat rumah awal-awal. Sebabnya diorang akan hasut dan terus hasut, ala memaksa. Siap tanya segala detail bank korang. Senang cerita, jawab yang korang nie surirumah dan takde income. Datang untuk trial sebab murah. Ada kes yang diorang akan ikut korang sampai ke ATM untuk amik duit.. sebagai deposit katanya.. Apa-apa borang berkenaan maklumat bank, jangan jujur sangat nak isi.. 

Pembohongan yang nyata, memang tak kurus la korang. Segala alatan kat situ memang takkan buatkan korang kurus, apa yang diorang nasihatkan agar jaga pemakanan, jangan makan nasi, jangan makan malam n minum banyak air. Elakkan makanan berlemak dan berminyak. See, kalau korang amalkan sendiri memang boleh kurus. Bab sauna? Baik pegi sauna berbayar yang murah tu jelah. Takpun tengahari buta, duduk dalam kereta tanpa buka aircond.. Lagi cepat lemak korang cair.. 

Kalau korang kurus pun sebab duit dah banyak labur dan korang makan ati..

p/s : dari aku melabur duit ke sini, baik simpan wat g mekah lagi afdal. 
p/s/s : lepas sauna bagai, bantai pulak mcD... ternak lemak lagi........



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...